HARTA SEPENCARIAN

Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi secara bersama-sama oleh suami dan isteri sepanjang perkahwinan yang sah di mana kedua-dua pihak memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung terhadap perolehan atau pemilikan harta tersebut.

Mulakan dengan muat turun aplikasi Pesanku dari

(i) Semua pihak khususnya suami dan isteri boleh berbincang, besetuju dan memutuskan hak serta pembahagian harta sepencarian semasa mereka hidup lagi,

(ii) Dokumen persetujuan harta sepencarian semasa hidup dapat melindungi hak suami dan isteri,

(iii) Semua pihak khususnya suami dan isteri akan berpuas hati mengenai hak harta sepencarian semasa mereka masih hidup lagi.

(iv) Apabila suami dan isteri telah membuat pembahagian harta sepencarian semasa hidup (melalui Deklarasi Harta Sepencarian), ia akan mempercepatkan proses pembahagian harta samada selepas penceraian atau selepas kematian iaitu proses pembahagian harta mengikut wasiat atau faraid.

(v) Dengan adanya dokumen pembahagian harta sepencarian, ia dapat menjimatkan masa proses pembahagian harta berbanding tuntutan harta sepencarian selepas berlaku penceraian atau kematian.  Ini kerana si penuntut hendaklah membuktikan melalui dokumen, resit dan hujah di depan Hakim bagi menuntut jumlah harta sepencarian yang dikehendaki.

(vi) Pembahagian harta sepencarian semasa suami dan isteri masih hidup akan dapat mengelakkan perbalahan di kemudian hari oleh suami dan isteri yang telah bercerai tetapi juga ahli-ahli keluarga pihak pasangan terutama apabila salah seorang pasangan meninggal dunia.

Doktrin harta sepencarian telah diberi pengiktirafan oleh semua Mahkamah Syariah di Malaysia.  Yang penting ialah penyelesaian tuntutan harta sepencarian akan diselesaikan segera selepas menyempurnakan Wasiat dan sebelum dibuat pembahagian harta mengikut sistem faraid.

Tuntutan harta sepencarian boleh dibuat secara umumnya selepas berlaku penceraian dan kematian.

Professor Ahmad Ibrahim menyebutkan dalam bukunya "Islamic Law in Malaysia" yang diterbitkan pada 1965 oleh Malaysian Sociological Research Institute, pada mukasurat 389 menyatakan bahawa harta sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama yang mana kerja yang dilakukan menyebabkan pemilikan bersama; semasa berlaku penceraian atau kematian, isteri mempunyai hak terhadap bahagian selain daripada penyelesaian perkara yang lain yang diwajibkan di bawah Undang-Undang Islam.

Di Kelantan, di dalam kes Hajjah Saudah v Hanafi (1990) 8JH 66, Mahkamah Rayuan Syariah memutuskan bahawa perintah tuntutan harta sepencarian boleh dibuat selepas kematian pasangan.

Isu tuntutan harta sepencarian biasa didengar apabila berlaku penceraian suami dan isteri atau kematian pasangan.  Dan kebiasaannya ia melibatkan tuntutan hak-hak isteri kepada bekas suami mereka.


(i) Kes Boto' binti Taha v Jaafar bin Muhamed

Dalam kes Boto' binti Taha v Jaafar bin Muhamed (1985) 2 MLJ 98, isteri membuat tuntutan harta sepencarian terhadap bahagian harta (alih dan tak alih) yang dibeli oleh suaminya semasa menjadi nelayan semasa mereka masih menjadi suami dan isteri.  Dalam kes ini, apabila suami menceraikan isteri, Tun Salleh Abas C.J Malaya memutuskan harta alih (iaitu bot nelayan dalam kes ini) juga boleh diletakkan di bawah peruntukan harta sepencarian.

Apa yang dikira sebagai sumbangan boleh dikira sebagai harta sepencarian.  Tun Salleh dalam kes Boto' binti Taha memutuskan bahawa walaupun isteri tidak memberikan sumbangan kewangan kepada suami untuk membeli harta-harta tersebut, tetapi isteri telah banyak kali menemani suaminya ketika pergi menangkap ikan di laut.  Ini sudah cukup untuk dikira sebagai "sumbangan" dalam membeli harta tersebut apabila berlaku pertikaian.

Tun Salleh dalam keputusannya menyebut:

"Sungguhpun isteri itu tidak mengambil bahagian secara langsung dalam perniagaan ikan suaminya, kehadiran isteri menyebabkan ketenangan fikiran suami yang membolehkannya menguruskan perniagaannya dengan tenang dan berkesan."

Fakta perkahwinan dan apa-apa yang dilakukan dalam perkahwinan itu yang menjadikannya harta-harta itu harta sepencarian.


(ii) Kes [email protected] v Ummi Klathum

Dalam kes [email protected] v Ummi Klathum [1966] MLJ 163, suami ialah seorang askar British yang memeluk agama Islam telah berkahwin dengan wanita Melayu dan telah membeli harta semasa dalam ikatan perkahwinan dan menamakan harta tersebut di bawah nama isterinya.  Apabila berlaku penceraian, suami telah menuntut harta tersebut sebagai harta sepencarian.  Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa harta itu memang harta sepencarian, walaupun pada masa itu plantif bukanlah seorang Melayu tetapi orang Inggeris yang telah Islam.

Berpesan atas kebenaran dan kesabaran

Kongsikan Pesanan Ini!

PesanTech Sdn Bhd
PESANTECH SDN BHD

Registration No: 930736-A
Unit 33B-M-04
Kondominium Villa Putra
Jalan Tunku Ismail
50480 Kuala Lumpur

Ikuti Kami
Hubungi Kami