HIBAH

Hibah ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan.

Mulakan dengan muat turun aplikasi Pesanku dari

Hibah adalah salah satu cara penguruskan harta pusaka yang mudah, pembahagian hibah ini secara terus kepada waris tanpa perlu melalui faraid. Mengikut hukum faraid harta si mati perlu dibahagikan kesemuanya pada waris-waris yang layak mengikut kadar yang ditetapkan.  Jika hibah, anda boleh tetapkan siapa yang menerima dan banyak mana yang dia akan terima.  Semuanya adalah terpulang kepada anda.

Satu lagi kelebihan hibah adalah waris lain tidak boleh menuntut harta yang telah dihibahkan kepada seseorang.  Akan tetapi semua ini perlu dibuat semasa anda masih lagi hidup.  Kalau tidak, semuanya akan dibahagikan mengikut hukum faraid.

Hibah secara bahasa bererti pemberian.  Sedangkan menurut istilah adalah pemberian sesuatu kepada seseorang secara percuma, tanpa mengharapkan apa-apa balasan, sebagai tanda kasih sayang.  Jadi hibah adalah suatu pemberian yang dilakukan, baik dalam lingkungan keluarga mahupun dengan orang lain yang dilakukan ketika masih hidup atau penghibah itu masih hidup. 

Adapun dalil yang berhubungan tentang masalah hibah tersebut terdapat dalam Al-Qur'an, sebagaimana Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 177 yang bermaksud :

"Dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta dan (memerdekakan) hamba sahaya."  (Surah Al-Baqarah Ayat :177)

Hukum asal hibah adalah harus.  Tetapi berdasarkan kondisi dan peranan si pemberi dan si penerima, hibah boleh menjadi wajib, haram dan makruh. Sebagaimana Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Saling memberi hadiahlah kamu nescaya kamu akan saling sayang-menyayangi.”  (Riwayat Al-Bukhari)

Adapun contoh hibah yang hukumnya boleh menjadi wajib, haram dan makruh adalah seperti berikut:

(i) Wajib
Hibah suami kepada istri dan anak-anaknya sesuai dengan kemampuannya.

(ii) Haram
Hibah menjadi haram apabila yang diberikan itu berupa barang haram, misalnya minuman keras, dan sebagainya. 
Hibah juga akan hukum haram apabila diminta kembali, kecuali hibah yang diberikan oleh orang tua kepada anaknya tapi bukan sebaliknya.

(iii) Makruh
Hibah tersebut boleh menjadi makruh hukumnya apabila dalam pemberian hibah tersebut, mengibahkan sesuatu dengan imbalan sesuatu yang baik, baik berimbang maupun lebih, hukumnya adalah makruh.

(i) Pemberi hibah;
(ii) Penerima hibah;
(iii) Barang yang dihibah; dan
(iv) Sighah (lafaz akad hibah)

(i) Pemilik kepada barangan;
(ii) Mempunyai kelayakan untuk memberi hibah; dan
(iii) Mempunyai kuasa penuh untuk menggunakan hartanya.

(i) Berkelayakan menerima hibah termasuklah yang bukan mukallaf seperti kanak-kanak dan orang tak sempurna akal atau OKU.  Namun, penjaga atau pemegang amanah boleh dilantik bagi pihak mereka;

(ii) Penerima hibah wujud ketika hibah dibuat; dan

(iii) Boleh menguasai harta yang dihibahkan (qabd).

(i) Wujud ketika hibah dibuat;
(ii) Barangan tersebut mestilah barangan yang bernilai; dan
(iii) Mestilah daripada hak milik pemberi hibah.

(i) Ijab dan qabul; dan
(ii) Tidak bertempoh.

Hukum Syarak memberikan kebebasan kepada pemilik harta untuk melakukan pemberian tanpa terikat kepada kadar tertentu.  Bahkan, menurut ijmak, adalah harus bagi pemilik harta yang waras fikirannya menghibahkan keseluruhan hartanya.  Namun, Rasulullah SAW mengingatkan kita supaya berlaku adil kepada anak-anak sebagaimana hadis daripada Nu’man bin Basyir r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Bertaqwalah kepada Allah s.w.t., dan berlaku adillah sesama anak-anak kamu.” (Riwayat al-Bukhari)

Qabd adalah tindakan penerima hibah untuk menerima serahan, memegang atau menguasai barang yang dihibahkan oleh penghibah dan menjadikan barang itu milikannya.  Qabd merupakan keperluan kepada hibah itu berkuatkuasa dan penerima hibah melakukan tasarruf.

Pemberi hibah yang melakukan hibah dalam keadaan marad al-maut iaitu keadaan di mana pemberi hibah sedang sakit tenat atau sakit yang membawa kepada kematian, maka hibahnya tidak boleh melebihi daripada satu pertiga hartanya dan tidak boleh dihibahkan kepada ahli waris.  Ini memberi maksud bahawa hukum wasiat adalah terpakai.  Sekiranya diberikan kepada ahli waris sama ada kurang dari satu pertiga atau lebih maka ia tertakluk kepada keizinan atau persetujuan daripada waris yang lain.

Hukum asal hibah adalah memberi implikasi pemilikan yang lazim kepada penerima hibah.  Oleh itu, pembatalan hibah adalah tidak boleh dilakukan.  Ia sebagaimana hadis daripada Umar bin al-Khattab r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang menarik kembali hibahnya adalah seperti seekor anjing yang menjilat kembali muntahnya.”  (Riwayat al-Bukhari)

Namun, para fuqaha’ memberikan pengecualian iaitu dengan mengharuskan pembatalan hibah daripada seorang bapa, ibu, datuk atau nenek kepada anak atau cucunya.  Ini bersandarkan kepada sebuah hadis daripada Abdullah bin ‘Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidak halal bagi seorang yang telah menghulurkan satu pemberian menarik kembali pemberiannya melainkan pemberian seorang bapa kepada anaknya.”  (Riwayat Abu Daud)

Mulakan dengan muat turun aplikasi Pesanku dari

Berpesan atas kebenaran dan kesabaran

Kongsikan Pesanan Ini!

PesanTech Sdn Bhd
PESANTECH SDN BHD

Registration No: 930736-A
Unit 33B-M-04
Kondominium Villa Putra
Jalan Tunku Ismail
50480 Kuala Lumpur

Ikuti Kami
Hubungi Kami