WASIAT

Wasiat ialah Iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati. (Seksyen 2, Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999)

Mulakan dengan muat turun aplikasi Pesanku dari

Pada permulaan Islam, berwasiat adalah suatu kewajiban untuk ibu bapa dan kaum kerabat yang terdekat berdasarkan Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Diwajibkan ke atas kamu, apabila seseorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiatlah untuk ibu-bapa dan kaum kerabatnya secara ma'ruf (ini adalah) kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.”  (Surah Al-Baqarah:180)

Walau bagaimanapun, kewajiban berwasiat telah dimansuhkan hukumnya apabila turun ayat mawarith 7, 11, 12 dan 176 surah Al-Nisa, iaitu yang menerangkan hak-hak dan pembahagian pusaka melalui hukum faraid contohnya melalui ayat yang bermaksud:

“Bagi orang laki-laki ada hak bahagian dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, dan bagi orang wanita ada hak bahagian (pula) dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan.”  (Surah Al-Nisa’: 7)

Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud:

“Tidak sepatutnya seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu untuk diwasiatkan, membiarkan dua malam berlalu tanpa menulis wasiatnya.”  (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain pula, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang mati dalam keadaan meninggalkan wasiat maka dia mati di atas jalan yang satu dan mengikut sunnah dan dia mati sebagai seorang yang bertaqwa dan bersyahadah serta mati dalam keadaan dosa-dosanya diampunkan.”  (Hadis riwayat Ibn Majah)

Hukum berwasiat adalah bergantung kepada keadaan-keadaan tertentu, contohnya seperti berikut:

(i) Wajib
Jika terdapat tanggungjawab syarie yang perlu dilaksanakan seperti zakat dan haji dan dia bimbang harta berkenaan habis jika tidak diwasiatkan.  Begitu juga, jika berkaitan dengan hutang dan wadiah sekiranya pemilik sebenar tidak dikenali oleh orang lain.

(ii) Sunat
Jika berwasiat untuk kaum kerabat yang memerlukan sedangkan mereka tidak berhak mendapat harta pusaka. 
Begitu juga berwasiat kepada orang miskin dan untuk tujuan kebajikan pada jalan Allah.

(iii) Harus
Jika berwasiat kepada sahabat handai atau orang kaya yang mana mereka bukan dari golongan yang berilmu dan beramal soleh.

(iv) Makruh 
Jika pewasiat seorang yang kurang berada dan mempunyai waris-waris yang ramai serta memerlukan harta.

(v) Haram 
Jika berwasiat kepada perkara yang haram.

Kadar harta yang boleh diwasiatkan adalah setakat 1/3 sahaja daripada harta bersih peninggalannya yang masih ada pada waktu kematiannya setelah digunakan untuk belanja pengebumiannya dan penunaian hutang-hutangnya.

Wasiat yang melebihi kadar 1/3 harta pewasiat adalah tidak sah kecuali waris-waris bersetuju dengan kadar yang lebih itu.  Ini adalah berdasarkan hadis daripada Saad bin Abi Waqqas r.a. ketika Rasulullah SAW melawat beliau yang sedang sakit:

“Ya Rasulullah, bolehkah aku ingin berwasiat semua hartaku? Jawab baginda: “tidak”, Aku berkata: “setengah?” Jawab baginda: “tidak”, aku berkata lagi: “Satu pertiga” Jawab baginda: “Satu pertiga dan satu pertiga itu banyak”, “sesungguhnya engkau meninggalkan waris itu kaya lebih baik daripada dia meminta-minta daripada manusia dengan tangan mereka.”  (Riwayat al-Bukhari)

Rukun-rukun wasiat ialah
(i) Pewasiat,
(ii) Penerima wasiat,
(iii) Harta yang diwasiatkan dan
(iv) Sighah (lafaz wasiat)

Jumhur ulama, menyatakan wasiat tidak boleh kepada waris kerana telah mempunyai pembahagian melalui faraid.  Namun, jika ingin dilaksanakan juga wasiat tersebut perlu mendapat persetujuan di kalangan waris yang terlibat.  Ia sebagaimana yang dinyatakan dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin ‘Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak boleh berwasiat kepada waris melainkan jika diizinkan oleh warisnya yang lain.”  (Riwayat Abu Daud)

Anak angkat berhak menerima wasiat sekiranya wasiat dibuat kepada mereka namun tidak boleh melebihi 1/3 bahagian.

Tidak perlu, kerana itu hak pewasiat membuat kebajikan jika tidak lebih dari 1/3 bahagian.

Hanya Hakim Mahkamah Syariah sahaja yang boleh mengesahkan sesuatu wasiat.

(i) Tindakan mulia untuk menzahirkan keinginan pewasiat terhadap pembahagian harta yang dikumpul semasa hidup.

(ii) Perwarisan harta yang dirancang melalui wasiat dapat diagihkan untuk tujuan kebajikan dan kepada keluarga yang tersayang selepas kematian.

(iii) Pelantikan Wasi akan memudahkan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka selepas kematian.

(iv) Pelantikan penjaga yang dipercayai akan menjamin kebajikan anak-anak di bawah umur selepas kematian anda.

(v) Mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh waris-waris yang ditinggalkan.

Tidak.  Walaupun elemen utama di dalam dokumen wasiat ialah pelantikan Wasi, namun perkara-perkara lain juga boleh dinyatakan di dalam dokumen wasiat seperti cara pembahagian harta pusaka, perlantikan penjaga sah anak di bawah umur 18 tahun, peruntukan perbelanjaan sara hidup dan pendidikan anak malah bagaimana cara sesuatu perniagaan akan diwariskan juga boleh dinyatakan di dalam dokumen wasiat.

Hakikatnya semua orang akan mati.  Selepas kematian kita, semua harta yang tidak mempunyai penama seperti Akaun Simpanan dan Akaun Semasa di bank, Amanah Saham Bumiputera, Akaun Lembaga Tabung Haji, tanah, rumah dan sebagainya akan dibekukan sehinggalah proses pentadbiran pusaka selesai. 

Penyediaan dokumen pengisytiharan wasiat adalah untuk memudahkan Wasi mentadbir harta pusaka, hutang piutang dan hajat anda yang berbentuk kebajikan untuk dilaksanakan selepas kematian anda.

Semua harta alih dan tidak alih yang berdaftar atas nama pewasiat.

Contoh harta tak alih:
(i) Rumah
(ii) Tanah

Contoh harta alih:
(i) Kenderaan
(ii) Akaun simpanan
(iii) Saham pelaburan
(iv) Takaful
(v) Barang kemas
(vi) Gold Bar
(vii) Simpanan peti besi
(viii) KWSP

Faraid adalah tatacara pengagihan berdasarkan hukum syarak yang telah menetapkan bahagian tertentu kepada waris tertentu berdasarkan surah An-Nisa ayat 11, 12 dan 176, tetapi ianya tidak berjalan secara terus selepas kematian.

Sebaliknya harta pusaka akan terbeku dan tidak boleh dibahagikan.  Untuk membolehkan harta pusaka diagihkan kepada waris-waris, perlu melalui proses pentadbiran iaitu mendapatkan surat kuasa mentadbir atau probate.

Secara purata bagi kes si mati yang tidak mempunyai dokumen wasiat, proses pentadbiran pusaka mereka akan mengambil masa diantara 3 hingga 5 tahun.  Walau bagaimanapun ada juga kes pentadbiran pusaka yang mengambil masa melebihi 15 tahun untuk diselesaikan.

Secara purata, bagi kes si mati yang mempunyai dokumen wasiat pula, proses pentadbiran pusaka akan mengambil masa di antara 6 hingga 8 bulan sahaja.

Waris-waris tidak akan mendapat apa-apa bahagian harta kecuali harta yang mempunyai penamaan seperti KWSP, Takaful dan Insuran.

Ya. Harta yang terbeku memang harta yang tidak mempunyai penamaan sahaja.  Walau bagaimanapun, bagi harta yang mempunyai penamaan seperti KWSP, Takaful dan Insuran, tuan perlu ingat bahawa penama yang dinyatakan hanyalah bertindak sebagai Wasi sahaja dan bukan tuan punya mutlak harta tersebut.  Selepas mereka menerima harta-harta tersebut mereka perlu mengagihkannya semula kepada semua waris-waris mengikut Hukum Faraid.

Dokumen wasiat akan mempercepatkan proses pentadbiran pusaka dan membolehkan waris-waris tuan mendapat bahagian mereka dengan cepat manakala kalau tanpa dokumen wasiat, waris-waris tuan perlu menunggu sehingga beberapa tahun sebelum mereka mendapat bahagian mereka.

Pendek kata, nasib anak-anak dan waris-waris yang lain seperti pasangan kita akan lebih terbela dengan adanya dokumen wasiat.

Mulakan dengan muat turun aplikasi Pesanku dari

Berpesan atas kebenaran dan kesabaran

Kongsikan Pesanan Ini!

PesanTech Sdn Bhd
PESANTECH SDN BHD

Registration No: 930736-A
Unit 33B-M-04
Kondominium Villa Putra
Jalan Tunku Ismail
50480 Kuala Lumpur

Ikuti Kami
Hubungi Kami